? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (22 Ratings)??17 Grabs Today. 23831 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Tinkerbell? ????? ?? ???Rating: 4.3 (1590 Ratings)??17 Grabs Today. 82284 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, February 11, 2009



Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.
Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.
Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.
Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.
(Foto di sebelah merupakan contoh keadaan Gerhana Matahari Separa)
Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.
Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.
Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.
Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.
Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.
National Eclipse Tracking Team (NETT) akan menghantar delegasi ke bandar Anyer, Indonesia untuk fenomena Gerhana Matahari Cincin pada 26 Januari 2009 nanti. InsyaAllah saya sendiri akan turut serta rombongan ke sana, sebagai 'build-up' kepada ekspedisi ke Hangzhou untuk Gerhana Penuh Matahari pada 22 Julai nanti! Perbincangan lanjut eskpedisi ini ada di
Forum.
Kaedah untuk mencerap gerhana ini boleh rujuk kepada artikel rasmi dari ANGKASA

0 comments: